Isnin, 6 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H

Assalamualaikum w.m.t
Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmatNya selamat kita menunaikan kewajiban sebagai muslim dengan menunaikan ibadat puasa dibulan Ramadhan.
Buat pertama kali dalam keluarga kami, tahun ini kami sekeluarga menjadi yatim piatu.Genap 3 bulan (1 rejab 1429) pemergian ibu tercinta dan juga genap 6 tahun (1 syawal 1421) pemergian abah tersayang, kembali mengadap Pencipta.
Sukar untuk melupakan saat-saat terindah ketika bersama mereka, masih teryiang-yiang ditelinga dan terbayang dimata saat bersama mereka.Terlalu banyak kenangan manis ketika bersama mereka.Kami bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh mereka.Buat mak dan abah jutaan terima kasih kami ucapkan diatas segalanya.Hanya Allah s.w.t akan membalas segala susah payah dan keringat yang dikeluarkan untuk membesarkan kami supaya menjadi insan yang berguna.
Buat mak dan abah kami sentiasa mendoakan agar kehidupan kalian disana sentiasa didalam kesejahteraan, ketenangan dan ditempatkan roh mereka bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh InsyaAllah.
Dikesempatan ini walaupun agak sedikit terlewat, saya dan seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Wassalam...